Thursday, April 23, 2015

Adab-adab memasak - perkongsian hebat

Adab2 Memasak

Memasak ni sangat penting sahabat2. Tok2 guru pondok kita sangat jaga bab makan sampai tak izinkan anak murid makan di luar sebab takut termakan masakan orang yang tak solat dan tak bersih sebab akan mematikan hati. Dalam kitab pun sebut bab ini.

Saya dapat khidmat sebagai penyedia makanan dan memasak untuk para jemaah yang keluar di jalan Allah.

Saya nak kongsi adab2 memasak dari mudzakarah matsurat. Sangat2 hebat mereka para2 isteri para jemaah menjaga adab masakan pada suami dan anak2.

1. Berwuduk dan solat 2 rakaat.

2. Baca doa masuk dapur surah alkahfi ayat 10;

ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ

Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yg besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.

3. Doa mengambil beras surah An-Nahl ayat 96;

ﻣَـﺎ ﻋِﻨْﺪَﻛُـﻢْ ﻳَـﻨْـﻔَﺪُّ ﻭَﻣـَﺎ ﻋِـﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑَـﺎﻕٍ

Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.

4. Doa cuci beras;

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّـﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨـْﻪ ُ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya.

5. Doa letak beras dalam periuk;

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـﺎَ ﻣِﻦْ ﺟُـﻮْﻉٍ

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makan setelah lapar.

6. Doa letak air dalam beras;

ﺍَﻟﻠّﺬِﻳْﻦَ ﺍَﻣَﻨُﻮْﺍﺍ ﺻْﺒِﺮُﻭْﺍ ﻭَﺻَـﺎﺑِﺮُﻭْﺍﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮْﺍ ﻭَﺗَّـﻘُﻮﺍﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻌَﻠَّـﻜُـﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮْﻥَ

7. Doa mengacau sayur ke arah kanan dan ikut arah jarum jam;
ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِﻔَـﺔٌ

Tidak ada yg dapat menyatakan hari itu selain Allah.

8. Doa potong sayur dan daging ayat Al baqarah 71;

ﻓَﺬَ ﺑَﺤُﻮْﻫـﺎَ ﻭَﻣَـﺎ ﻛـﺎَﺩُﻭْﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ

9. Doa cuci sayur;
ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِـﻔَـﺔٌ

10. Doa menghaluskan perencah: Surah al kautsar ayat 1 hingga 3.

Kalau tak mampu buat macam ni cukuplah sekadar berselawat, baca hafazan alquran, zikir dan JANGAN bercakap hal2 dunia semasa memasak.

Sila amalkan utk kmendapatkn redha dan berkat dalam keluarga supaya beroleh keluarga dan anak2 yang soleh dan solehah. In shaa Allah. Pentingnya air tangan orang yang memasak. Wallahu 'alam.

Wednesday, April 22, 2015

Bibik oh Bibik - 3rd Bibik

Bersambung kembali my entry pasal my maid. Masih belom dapat lagi pembantu rumah yang telah di booking dan di bayar duitnya pada agen yang bernama Fariba (orang kita, orang shah Alam, orang Malaysia). Serius....if you as majikan, rasanya sanggup tak tunggu maid yang telah di bayar hampir 5 bulan lebih tapi maid nyer masih belum sampai. sehingga ke hari ini. Aku ingat bila liase dengan orang kita [Orang Melayu kita, Orang Malaysia] lebih telus, tapi yang menipu yang tidak telus itulah orang kita. Memang kategori Agen Pembantu Rumah Yang Tidak Bertanggungjawab dan Tak Boleh Dipercayai pernah aku jumpa. Agak terkilan sebab orang kita sendiri buat macam ni.

At last, melalui bog drhasbi, dimana beliau berkongsi pengalaman yang sama pernah ditipu agen, aku dapatkan pembantu rumah yang sekarang. Sebelum tu about a month jugak mencari, dan macam-macam agen yang dah jumpa. Finally dapat jugak my pembantu rumah

My 3rd Bibik
Nama : Nining
Asal : Madura, Jawa Timur
Umur : 38 Tahun
(Akhirnya yang ketiga ni baru dapat yang tak tua sangat and tak muda sangat. Tgh2 gitu)
First impression bila tengok muka dia nampaklah macam keibuan. Terus aku confirm nak maid yang ini. Tapi tak nak puji melambung, takut nanti indah khabar dari rupa. But setakat ini, aku okay jer dengan bibik ni. Dah nak masuk 3 bulan she with us.

Doa aku semoga dia boleh jaga anak-anak aku dengan baik. Actually, kat rumah yang tinggal just Amni sorang sahaja. The rest all go to scholl. Baby Aisyah pun we all hantar ke nursery. Lagipun aku breastfeed, macam tak berapa confident nak suruh dia handle EBM (Expressed Breast Milk). Karang salah panaskan susu, hilang khasiat my BM.

Hopefully this one bertahan lama. Tension and stress kalau kena cari yang lain lagi. Lagi pun my kids (except Baby Aisyah memang biasa environment kat rumah jer)

Tuesday, April 21, 2015

80 bottles/packs frozen Expressed Breast milk (EBM) rosak???? Tabahlah wahai ibu...

Tragedi April !!! Dugaan dalam perjalanan breastfeeding
Ini tajuk entry sebetolnyer kot.

Ini cerita last sunday, memang terkesan betul di hati sanubari. Sekelip mata, stok susu yang disimpan berbulan-bulan (stok baby A'isyah untuk 3 bulan) rosak semuanya. Gara-gara ada yang tak tutup pintu fridge rapat-rapat. Memang tak terkata pagi tu bila bukak fridge tengok susu dah cair. Terus meleleh air mata. Tutup fridge, dengan tinggi suara tanya dekat my bibik, Sapa yang tak tutup peti ni rapat-rapat. (dah dengar jawapan dia).... Lagi nangis. Mahu tak nangis bila terkenangkan 80 botles/packs X 5oz = 400oz / 400oz X 150ml = 60,000ml

Terus naik atas, kejutkan hubby cakap, belikan mama deep freezer dengan LOCK. I'll make sure lepas ni tak ade lagi kes yang tak tutup rapat lagi. Bersengkang mata tu aku buat stok untuk simpan banyak tu. Dengan niat nak breastfeed anak selama mungkin. If sekarang baby 4 months, with 3 months stock...At least it secure Aisyah to enjoy her mom expressed breast milk (EBM) till 7 months old.

Aku betul-betul down hari tu, memang air mata meleleh jelah seharian. Dengan rakan-rakan yang seperjuangan aku kongsikan duka ini. Really appreciate dengan kata-kata, morale support and doa given. Berpuluh-puluh message aku dapat yang mendoakan semoga aku kuat. So, baru 4 months dah di duga macam ni. Bukan senang yer perjalanan breastfeeding mom yang bekerja.



Kata-kata semangat dari rakan-rakan seperjuangan, make me smile back and say YES, I CAN !!!
  





Dan...kata-kata dari sis ni buat aku ambil balik EBM yang dah tranfer di chiller, transfer balik ke freezer. Eventhough dah rosak, buat SEMANGAT aku start kumpul stock semula.

Tengahhari en.somi pun dah kua pi cari deep freezer, sebab isteri dia ni dah sebak semacam. Mata pun dah bengkak.
Tak kisahla Deep Freezer yang macam mana...asal ada LOCK.

Tak sempat nak survey deep freezer macam mana yang okay. Yang pasti akan dihantar esok



Friday, April 17, 2015

Finally baru submit my E-Filling

Hampir terlupa dah nak dekat due date, hari ini baru teringat yang aku belum sumbit lagi E-Filling. Selalu cepat jer, tahun ni macam mana boleh terlupa. Konon-konon sibuk sangatlah mengalahkan pak menteri.

So, sesape yang belom hantar cukai taksiran individu silalah berbuat demikian yer sebelom tarikh keramat berakhir pada hujung bulan ini. Dulu kerja dekat LHDNM, memang tak lupa punya :)

Okay, sekarang mudah ajer. Semua dihujung jari, beberapa minit dah boleh submit. Sekarang kan ada E-Filling. Teringat dulu, hampir 4 tahun aku bekerja dengan borang-borang cukai ni.

Haha, macam biase kalo mukaddimah memang kelaut ajer.

Yang tak ingat atau buat-buat lupa, Nahhh ni aku ingatkan link keramat ni.







1. Masukkan kad pengenalan dan kata laluan
2. Bila dah terpapar skrin ini, sila pilih borang taksiran BE - Tahuntaksiran 2014
3. Isi semua maklumat
4. Klik Tandatangan dan hantar
5. Pengesahan penghantaran atau penerimaan 
6. Sila SIMPAN/CETAK salinan  borang yang telah dihantar dan juga SLIP penghantaran



Kalau cukai terlebih bayar....silalah tunggu duit anda masuk di bank akaun yang telah didaftar.







Thursday, April 9, 2015

Wa'alaikumsalam atau Wa'alaikumussalam???


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Aku selalu confuse dengan jawapan/ejaan kepada jawapan salam yang sebetulnya. Nampak cam perkara kecil, but bahasa Arab ni if salah sebut boleh jadi lain maksudnya.Jadi aku kongsikan info ni yang aku jumpa dari blog http://phellopratama.blogspot.com 

Bagaimana anda menjawab salam tersebut selepas anda mendengarnya.??
Wa'alaikumsalam ataukah Wa'alaikumussalam??
Yang mana satu betul? Nampak perkara ni sangat simple, apa masalahnya? Tapi Alhamdulillah melalui sharing dari blog sahabat ini, jadi dah tahu mana yang betul antara Wa'alaikumsalam atau Wa'alaikumussalam.
Inilah teks arab dari balasan salam terhadap orang lain :

وَعَلَيْكُمْ السَّلامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Perlu kita ketahui bahawasanya kalimat menjawab salam tersebut terdiri dari 3 kata, yaitu Wa, ‘alaikum, dan Assalām. Namun dalam pembahasan ini kita cuba mengkombinasikan

wa dan ‘alaikum menjadi satu sehingga menjadi wa’alikum untuk dipermufahkan.

Jika kita membaca Wa’alaikumsalam, alif-lamnya automatic hilang. Sedangkan kalau kita membaca Wa’alaikumussalām, itulah yang BETUL.
Kata Wa'alaikumussalam, kalau di urai jadinya..wa'alaikumu assalaam..ketika huruf mim bertemu dengan alif laam, maka kata tersebut digabung pengucapannya dalam kaidah lughawi arab.

Sebuah kata yg menggunakan alif lam artinya MA’RIFAH (DEFINITIF) sedangkan yang tanpa alif lam, artinya NAKIRAH (UNDEFINITIF). Dan juga orang yg menjawab salam diharuskan membalas seperti orang yg memberi salam. Jika orang berkata: AS-SALAAMU‘ALAIKUM (menggunakan alif lam) maka jawabnya juga dengan alif lam WA'ALAIKUMUSSALAM, bukan  WA’ALAIKUMSALAM.

Tuesday, April 7, 2015

[REVIEW] Freemie Collection Cup with my Lacte Duet

Okay, this box set for FREEMIE. This set I bought from Pump On The Go (POTG). That time beli dengan harga RM315 per set with backflow protector kits. Only if you are using Pump from Spetra you no need to have this backflow protector. Other pump, please MAKE SURE when you buy this set it MUST BE with anti-backflow okay

Apa yang ada dalam box Set ini? 

Tada...ada few parts in this set. I’m lucky that time when I bought this, the collection come already come in two (2) sizes. (25mm & 28mm). So you have choice to choose which compatible with yours.

Let’s we see apa part-part untuk Freemie ni.

1 - Barrier (2 units)
2 - Short Tube (2 units)
3 - Quick Connector (3 units , extra 1)
4 - Freemie Long Tubing (2 units)

 Ini contoh parts yang telah siap disambung. Cuma tube (yang color putih & short tubing) ti sahaja sala dari parts LACTE DUET
Basically, after every pumping session, only above 4 items sahaja yang perlu dicuci.
Mudahkan..... parts memang tak banyak untuk dijaga.

So far Freemie memang compatible with all pump dari jenis TUBING. 
Mine, I'm using Freemie with LACTE DUET

 so far since ada Freemie aku memang guna hari. Tak kira samada di rumah atau di office or when I’m outside. Kira sangat-sangat penting Freemie ni bagi aku. Kalau tak de dia rasanya aku makin CULAS untuk pumping. Dah la my time very limited. Asyik terkejar-kejar ke sana sini attending meeting. Masuk office pun nak kena meeting lagi.

setakat ini Freemie memang mencapai standard aku apabila dengan jayanya PUMPING :
1. Sambil Drive
2. Sambil Memasak
3. Sambil menyusu baby (Tanderm pumping)
4. Sambil menggosok baju
5. Sambil Makan
6. Sambil buat proposal dekat office.

Satu benda jer, aku tak pernah try....ber Freemie sambil MEETING !

Giler ko...mesti all people will looking at me. Maner taknyer, alwez meeting I'll chair the meeting, tak semua mata pandang kat aku.

Even, Lacte agak senyap, tapi kalau dah meeting aku jer bercakap yang lain dok dengar aku bercakap, tak ker pelik kalau tetiba jer ade bunyi...ber...ber...berr.

Finally, after 30 minutes (based on pump time setting)
Just tuang sahaja hasil tuaian ke dalam storage bottle.
Mudahkannnnn.

Dah Alhamdulillah setakat hari ini, my baby dah 4 months aku still keep stock for past 3 moths. Now tengah rolling stoch yang bulan 1. kalau 5oz keluar dari stok bulan 1, I'll make sure 5oz stok disimpan dari perahan bulan 4.

Tak boleh nak keep stock banyak-banyak because I'm just stored it in 2 doors fridge yang mana frozen milk boleh bertahan for 3 months only.

Belom terpikir nak beli Deep freezer coz, hasil perahan tidaklah banyak mana but I believe enough for my baby. Jauh lagi perjalanan...doakan permudahkan perjalanan ini