Sunday, March 17, 2013

Persediaan & Budget - Kenduri Cukur Jambul (Akikah)

Majlis cukur jambul atau akikah kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Memandangkan sekarang ni semunyer duit. So pelan-pelan la simpan duit yer. Berapa budget nak buat majlisni yer?... Jadi aku share details kat sini berapa anggarannyer. Anyway it depend berapa jumlah pada jumlah jemputan korang.

Persediaan & Budget Majlis (Untuk jemputan dalam 200 orang)

1. Tentukan bila tarikh kenduri nak di buat
- Bila dah ada tarikh so bole preparare kad jemputan.
Tips jimat : design sendiri pakai power point macam yg aku buat. Then anta invitation thru email.

2. Kumpulan Marhaban (RM350)

3. Kanopi (40 paxs) : RM350

4. Budget Makanan & Goody Bags:( Contoh : Ni ikut anggaran 200 orang )
  • Paper bags : 150 pcs = RM75
  • Gula-gula and & puding: RM80
  • Air kotak : 135 (Beli yg 24pax ~rm15) : RM135
  • Twigies : RM120
  • Bunga telor : (xsilap rm50 = 100pcs) : RM100
  • Handkerchief: RM200 
  • Kambing Akikah 1 ekor siap masak : RM1200
  • Nasi Ayam : (budget 150 paxs/4) : RM600
  • Kuih Muih (Karipap-100, Seri muka-100) : RM80 = 40 sen sebiji
  • Pulut Hitam - 1 bekas : RM30
  • Sate :400/500 cucuk : RM300
  • Roti Jala (100 biji) : RM75
  • Buah tembikai : 2 biji : RM15
  • Kordial (2 botol)+ Ais (5 packs): RM50
  • Pinggan / mangkuk / sudu polisterine : RM250
5. Buai /Endoi : (Kalau sewa buai endoi dalam RM350 ke atas)
Nak murah, wat sendiri cam aku , pi beli kain lace (7 meter utk 1 buai) ngan bunge2 pastu decorate sendiri. My buget dalam RM120.

6. Barang - barang untuk merenjis
  • Dulang : apa2 pun bole
  • Sebiji kelapa muda : RM2.50
  • Sesikat daun pandan yg diikat cantik untuk merenjis- amik kat belakang rumah
  • Semangkuk : Beras kunyit (Beras remdam dalam air kunyit)
  • Semangkuk bunga rampai - bunge mintak kt jiran
  • Gunting rambut kecil yg dihias bersama riben
  • Sepiring madu / kurma bersama air zamzam kalu ader
7. Persiapan orang yang nak dirai.
Ingat mase baby xle nak melawa gak ker... Baby pun dah tau nak cantik gak.


So, total die korang amik calculator kire sendire yer, then bole start menyimpan . All the best :)


1 comment:

  1. erm..mesti meriah je la majlis ni kan..

    ReplyDelete